Tips testing local untuk programmer 📌
"Go Extra Miles"
1. Faham Task Sebelum Mula
Baca title, description, due date, dan duration.
Faham sepenuhnya sebelum coding.Nilai kemampuan sendiri – jangan terlalu yakin atau ego.
2. Kalau Tak Mampu Capai Target
Update duration awal, explain reason dengan jelas.
Jika stuck, jumpa senior – mereka boleh bantu pecah task atau beri direction.
3. Gunakan Tools untuk Bantu Development
Study dulu sebelum mula.
Guna AI atau rujukan lain untuk speed up research dan development.
4. Testing Is King – Jangan Skip
Testing bukan buang masa. Testing = Quality.
Level 1:
Lepas siap code → test sendiri.
Check fungsi tu digunakan kat mana-mana lagi – test semua related area.
Ada ubah apa-apa → ulang step sama.
Level 2:
Baca semula code sebelum push.
Pastikan tiada benda pelik.
Level 3:
Dalam GitLab, buat code review sendiri sebelum merge.
Level 4:
Bila dah merge ke dev, test semula semua scenario.
Ada issue → start test balik dari mula.
Kalau kecil, pastikan betul-betul kecil, recheck betul-betul.
5. Lepas Testing, List Semua Scenario
Senaraikan semua function yang terlibat dan test semula.
Contoh: ubah invoice_model → test semua tempat yang panggil function tu.
Tester dah confirm tak perasan sebab dia tak nampak pun apa yang berlaku, tapi programmer kena jadi main barrier.
6. Mindset Programmer
Jangan kejar sangat KPI, kejar quality dan reliability.
Communication sangat penting – jangan senyap kalau ada masalah.
Deliver code yang boleh pakai dan tahan lama, bukan yang cepat siap tapi penuh bug.
7. Kalau Tester Reject
Ulang balik dari step 1 sampai lulus.
Nak capai code bebas bug, kena konsisten testing, faham task, dan jangan takut minta tolong.
Programmer yang bagus bukan yang cepat siap, tapi yang hasilkan code stabil, bersih, dan reliable.
Comments
Post a Comment